Pages

Explorasi Pulau Perhentian Kecil part 1

(Draft yang disimpan sebulan)... Okeh, semalam aku baru balik dari cuti-cuti Malaysia aku dengan 2 orang member UM merangkap ex-housemate la keduanya. Setelah 4 tahun tak jumpa, akhirnya menjadi jugak plan kitorang nak menjelajah Pulau Perhentian Kecil. Ok, aku akan ceritakan serba sedikir aktiviti kitorang kat sana. Best? memang best. Ok, aku akan try kurangkan perkataan berbanding gambar okies? atau omputehnya 'more pics than words'. So, check this out!!

26 September 2013
Aku bertolak dari KTM Nilai hanya dengan berbekalkan 8 keping note RM1..hidup mati aku pon dengan 1 ringgit tu lah. Sebab aku tak withdraw duit since tak sempat nak pergi ATM dan duit yang dah sedia ada dalam purse aku pon aku guna untuk langsaikan semua hutang-piutang aku sebelum aku pergi bercuti. Yela, hidup mati kita ni mana tau kan? Entah-entah pergi tak kembali ker?ishk..ishk..ishk..Bertolak dari Hentian Putra pada jam 10 malam dengan bas Sani Ekspress. Bajet aku bolehlah melayan video ker lagu ker dalam bas tu kan. Sebab every seat memang akan diprovide dengan screen dan headfon. Tapi, itu yang 2 tahun dulu. Berbeza pulak dengan malam tu, bila aku try tekan2 apsal tak menyala pulak. Pastu, aku belek-belek lagi, mana pergi headfon nye? Yang ada pon cuma lubang jer.. Dan aku mula mengerti, ni mesti kes curi headfon lalu mengakibatkan syarikat bas rugi besau sebab orang2 macam tu kan? ishk..ishk..memang tak boleh canggih sikit la u'olls neh..gatai nau tangan tu..

27 September 2013,,
0640 
Tirah (my UM buddy) came to fetch me at bus station. Memandangkan aku dah lama tak naik bas turun kat KB, jadi aku pun terpinga-pinga sebentar.. 'where I am'..'This is Kota Bharu bebeh!!'

0830
Dah siap-siap mandi kat rumah Tirah, kitorang pun bertolak la ke Kuala Besut. Hehe...Dan Tirah belanja I nasi berlauk..TenQ Tirah. Dan 4 biji ketupat buat bekalan di pulau.

0925
Ngam2 je kitorang sampai ke jeti. Dah lah main masuk je jalan one way. Suka hati jah. Sampai kena tegur dengan orang situ. Tapi kan, untung jugak, ada abang ni tanya nak pergi mana. Kitorang cakap la nak pegi jeti pastu nak carik parking. Dia pun bawak lah kami. Nasib baik ada parking kosong..'timo kaseh abe!!' Dan buat u'olls yang nak bawak kereta, jangan risau sebab parking nye InsyaAllah selamat walaupun hanya dicover dengan selebar jala sahaja. Harganya pulak, RM8 untuk satu hari. Jadi kami amek 3H2M untuk parking kat situ. Totalnya adalah RM24..



heh...ni?tatw la...

di Jeti Kuala Besut

1000
Kitorang naik bot untuk ke Pulau Perhentian Kecil sepatutnya 0930 seperti dijadualkan la. Tapi memandangkan my another buddies Ezzah (Cik Seri Pagi) sesat tak jumpa jalan, kitorang pun melantak nasik sebungkus. Mahap la ye jah, lapau benau kami...hiiiihiiihiiii...










1030
Kitorang masuk dalam bot, gambar-gambar,dah....melayan perasaan. Memang dalam bot tu kebanyakannya adalah mat salleh. we'ollss je local dengan 2 orang boatman. Dan jangan korang terkejut sampai menanges pulak, makcik dengan pakcik2 kat jeti sana semua boleh speaking mat salleh. walaupun versi budu...hahahah...tabik spring,toink!toink!toink!


air dia shannntekkkkk sangat!!!tak payah susah2 nak pegi Maldives dek non!




untuk pengetahuan u'olls..bangunan yang sebelah sana tu adalah sekolah keh!syiokk x murid-murid? (buat gaya Cikgu Yasmin)

haha..bukan setakat bendera Kelantan..dacing ngan bulan pon hado!


hah..yang tu adalah windmills..tp tak bergerak pulak haritu....ummm,mungkin jugak sampai bila-bila..errrrrr...


1140
Kami semua selamat tiba di D'Lagoon dan kitorang adalah trip last yang dihantar. Jadi bolehlah berjimba atas speedboat!!ngeee~~.....Speedboat akan stop kat satu area dan kemudian ada boat kecil yang amek kami. Kalau korang tengok dalam gambar ni, ada macam bouyant tu kan, itul adalah untuk membezakan kawasan yang boleh renang dengan tak boleh renang sebab laluan bot. Kalau nak terpotong badan, bolehlah berenang di luar kawasan ye! Pastu jadi macam movie SHARK...ngap!ngap!ngap!



ni adalah chalet kitorang..yang standard room punye (kot lah..lupa pulak)..yang deluxe adalah seperti rumah berkembar gitu


this is treehouse..berminat??




1150
Kami disambut oleh sepasang suami isteri yang menjaga resort tu dengan sangat mesra. Sambil dihidangkan dengan welcoming drink. Fresh orange Sunquick..slurppppp!!!!!Sodap... Dan better bagi sape-sape yang nak ke pulau untuk standby mineral water dalam 4 ke 5 botol, bergantunglah berapa lama korang nak stay. Sebab air kat pulau memang payau. Bak kata Tirah. Sebab bila aku rasa, tak payau pun! ke..payau tu macam mana Tirah?~tak reti lah~...*wink*wink* Kitorang pun mulalah sesi menemuramah pakcik dan makcik tersebut. Pakcik meluahkan rasa sangat teruja dan gembira beliau kerana dapat bertemu dengan kami, (orang sekampung). Kalau tak asyik jumpa mat salleh je pakcik ye? ngeee~~~kelasss pakcik!!! Dan bila dibelek schedule, aktiviti kami pada first day adalah lunch pada tengaharinya, pastu pukul 3pm, ada jungle trekking/flying fox/banana boat. Dinner 830pm dan seterusnya leisure time. Masuk dalam buai sambil dibelai angin sepoi-sepoi bahasa di bawah pohon kelapa, tak boleh BLAH!




keh,anak penyu


1500
After mandi, solat, lunch sume. Kami pon memulakan langkah jungle trekking ke Windmill. um..eloklah tu, lepas makan terus jungle trekking. Dok burp!burp! lah aku kat dalam hutan tak berhenti. Tapi D'Lagoon kat Pulau Perhentian Kecil ni servis dia memang bagus. Tambah2 lagi kalau yang bab makanan. Hhah, cuba korang tengok gambar kat bawah ni. Ni adalah lunch kitorang untuk haritu. Memang untuk 3 orang tapi banyak kan?Hohoho...puas~~~ Cuma satu je, rasa dalam makanan lagi sedap kalau diadjust siket. Frankly speaking, tulus ikhlas dari hati..peace yo!!


ni lunch kitorang waktu first day kat sana..mewah seh!

Dan berikut adalah gambar-gambar sepanjang we'olls jungle trekking




Adam and Eve Beach









15 minit...huh....tipoo aih!


okeh pakcik..cepat cakap terima kasih kat saya! Tolong promosi neh...hehe





ni rasanya kira macam stesen tenaga solar la kot..pembekalan tenaga elektrik untuk seluruh pulau








dan on da way balik kami disekat oleh seekor 'baby' biawak!BABY okeh!!boleh dia wat tak reti duk diam je kat situ










banana boat on the road..hee~









1720
Dah habis jungle trekking, dah sampai ke windmill, mari lah kita pulang. Tetapi, apa yang membuat kan kami curiose adalah macam mana kami nak turun ke jeti senget tu untuk menaiki bot?huh???

walaupun sebenarnya ada disediakan tangga kayu yang InsyaAllah telah diikat kemas pada jeti tersebut. Sedangkan yang lelaki pun fikir 2 3 kali nak turun, apakan pulak kami yang wanita..wallahua'lam


1740
Akhirnya sampai la bot kami. Nampak tak gambar kat bawah ni? Ha....tula boatman kami yang setia dok pegang je bot tu kan....takut hanyut. Maunye nak kejar balik...so,kami amek alternatif tamaw turun ke jeti senget. Tapi kami pergi lompat batu-batu besau nak turun ke kawasan landai sikit. Sebab pakcik bot tu cakap better kalau kitorang naik dari sana daripada turun kat jeti senget tu. Takut bot pecah katanye...kami pon gembiralah..haha...Tak sanggup aku nak turun kat jeti senget tuh..Tenq boatman!!!..Tapi kematu jugaklah kaki, jalan atas batu kan?



senyummm....

2030
Kami mati-mati la ingatkan dinner jam 7 malam. Kalutlah dok mandi, sembahyang semua. Alih-alih rupanya pukul 8setengah malam. Kebetulan perut pon dah berbunyik, yang tu pun sebab balik dari jungle trekking tu salah la. Bukan 30 minit jalan dari D'Lagoon, tapi dekat sejam kami jalan ni..(yang 30 min tu pakai kaki ke mountain bike pakcik?) Dan lauk dinnernya adalah....
*drum roll please*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tara!!!!!!!!!!!!
Dengan ikan yang asangat berwarna-warni. Katanya 'parrot fish'. Bila kitorang dok tilik-tilik gambar ikan kat dinding tu. Memang berwarna-warni. Siap ada belang hijau oren lagi. Ptutlah semacam je rasa ikan dia eh? Tapi, memang licin lah sekor.ok,saya bagi 4 suku bintang!!!!hehehe...


2130
Dah kenyang2, kami pun melayan perasaan di atas buaian yang diikat pada 2 batang pokok kelapa. Yang pasti pokok kelapa ada terbabit memang takde buah. Kalau ada,dapat ICB free...(intracranial bleeding) dek penangan buah kelapa. Jadi bolehlah berbuai dengan yakinnya walaupun belum bercover insurans. okeh?

2200
Masuk bilik..tido!!Sedia untuk aktiviti esoknya. Ha,lagi satu nak pesan,kalau korang nak datang pulau, tak payahla susah-susah nak bawak iron, extension bagai. sebab memang tiada plug disediakan walau satu pun. Kalau nak charge?pergi kat restoran. Kalau nak iron?Tatw la den...Tak payah la iron...terjun laut jugak pon...Dan kalau korang nak pakai baju kaler ntah apa2 pun,contohnya tudung merah ke, baju biru,pastu pakai pulak seluar oren belang-belang,macam gambar aku kat bawah ni.....no Hal!!!Tak payah malu-malu. Sebab mat salleh pun pakai bikini je!Lagi tak malu.....so,u'oll lagi better dari mat salleh....bahahahaha....

to be continued.....





0 comments: