Pages

Resepi Apple Pie


Bahan-bahan

(kulit pie)
-1/2 buku Butter
-1 1/2 cwn tepung gandum}
-2 tbs tepung kastard}         Diayak
-gula
-garam
-air sejuk

(inti)
-3@4 biji epal hijau saiz besar
-4@5 tbs gula
-kulit kayu manis

Cara-cara
(kulit pai)
-Masukkan kesemua bahan yang telah diayak ke dalam sebuah mangkuk
-Kemudian diikuti dengan butter. Gaul kasi rata. Biar adunan tu mcm berderai gitu.
-Masukkan kuning telur dan garam yang telah dilarutkan bersama-sama dengan air sejuk. Adun bagi sebati. Adjust mana yg patut.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Pastikan satu bahagian besar sikit dari bahagian yg satu lagi.
-Bungkus dengan plastik. Letak dalam peti sejuk kira-kira 30 minit.
-Sesudah itu,canai kan adunan.Yang besar letakkan di bahagian bawah. Sebelum itu,sapukan dulu acuan pai dengan butter atau minyak.

(inti)
-Masukkan epal yang telah dihiris nipis,beserta gula dan kulit kayu manis juga sedikit air ke dalam periuk.
-Panaskan sampai epal menjadi lembut atau bertukar warna kepada kekuningan.Sejukkan.
-Kemudian masukkan bahagian inti kedalam bekas acuan yang telah dialas dengan kulit pai tadi. Ratakan.
-Selepas itu,boleh lah cover dengan kulit pai yang satu lagi. Rapikan lebihan bahagian tepi.Ikut la nak kelepet macam karipap ke,nak tekan dengan garpu ke,nak penyet dengan ibu jari ke,ikut kreativiti masing.
-Tebukkan bahagian atas pai dengan pisau atau garpu atau apa-apa yang tajam la.Ini untuk mengelakkan pai anda dari menggelembung macam ikan buntal semasa proses pembakaran.
-Jangan lupa panaskan dulu ovennye ye!Kemudian bolehlah dimasukkan pai tadi ke dalam ketuhar pada suhu lebih kurang 180 darjah Celcius. Kira-kira 25 minit atau bakar sampai masak.

SELAMAT MENCUBA!!!!!

0 comments: