Pages

Eksplorasi Pulau Perhentian Kecil part 2

28 September 2013

0900
Sedia untuk aktiviti snorkeling. Wah....aktiviti favorite la konon kan..walau diri mu tatw berenang..hehehe..Memang kitorang 3 orang ni tak pandai berenang, seriously. Tapi Beria la nak pergi snorkeling sebab Ada life jacket. Kalau tak memang haram jadah la nak pergi. Dah la yang aku pun first time snorkeling.. Nak pakai goggle pon terbalik 'kokse'. Kalau nak ikut schedule kami ada 2 kali snorkeling, pagi dan petang. Satu trip snorkeling Akan cover 5 tempat. Hah! Kau larat nak snorkeling semua 5 tempat? Tempat first aku turun jugak lah. Walau tak pandai berenang, aku usahakan jugak. Tapi yang aku heran tak bergerak pulang renangnye..macam2 kuak da aku try. Acaner tu? Dok main tempat sama je. Malu ' kokrang' la...orang lain sume gi snorkeling tempat lawa2..tapi kitorang pulak dok main bawak bot je..huahuahua..last2 naek je la bot. Sambil tangan menutupi muka.

1300
Balik dari snorkeling, dah sedia untuk makan tengahari. Nanti pukul 3 petang Ada lagi snorkeling pakcik cakap. 'Ah, tak kuasa aku' (dalam hati). Tamaw dapat malu lagi.

1500
Habis je lunch, kitorang lepak-lepak la bawah pokok kelapa. Dah, tatw nak buat apa kan. Masa dok sembang-sembang tu, keluar pulak idea bernas nak pergi Turtle Beach. Sebab katanya 10 minit je. Hah...kalini memang betul 10 minit kami sampai Turtle Beach. Kalau yang windmill tu entah orang ke sape yang jalan 30 minit.



 pakcik cakap ni pokok tongkat ali.Buktinya?gentel daun mmg takkan pecah.serius!


 turtle beach..kitorg tunggu jugak kot kot ada turtle landing.eh?

 kalau time air surut,korang akan dapat rentas pergi kat pulau yg sebelah kanan tu. tapi kalau dan air pasang,korang duduk la kat situ tunggu bot penyelamat..heheh


kate nye ezzah,haiwan seperti yang dianakpanahkan itu adalah cucumber 'besi'. agaknya sebab berduri kot.dan dalam banyak2 binatang kat situ,dia lah yang paling 'ganas' sekali...barangkali..pffttt~~



 mesti korang pelik kan, apahal lak aku pergi pakai selendang menggerbang-gerbang bagai gi kat pulau..feel ombak rindu meh

 dan itu adalah soft coral..sangat geli geli gitu..tp sebenarnya xboleh sentuh.nanti gatal.

 Ezzah dan Tirah


 nah hamek kau,poster ombak rindu 3...miahahaha...eh,kat belakang tu sape plak?makcik Kundur Bawang Putih Bawang Merah ke?ngeee~





 kalau korang bijak lagi geliga,cuba teka berapakah usia fosil cengkerang tersebut?
sebenarnya aku pon tatau~

 kat sini memang banyak sangat sangat sangat coral.hard coral, soft coral sume hado..
apa?lintah?u'olls ni kan..saje je nak uji IQ I keh~~~don't like don't like













1600
Tengok langit pun macam gelap je nak hujan. Kitorang pun balik D'Lagoon balik sebab dah abeh posing dah untuk photoshoot. Dah abeh gaya....

1650
Langit kat D'Lagoon pon da muka gelap. Angin pun macam dah start nak kuat. Laut pun da mula berombak. Semua yang kat pantai semua naik. Kami pun sambung lepak bawah pokok kelapa. Dok sembang punye sembang punye sembang, kitorang perasan la pulak Ada sorang brader ni dok sibuk menyendeng kat buaian kitorang. Mula2 dia jalan dulu gi mari gi mari kat buaian kitorang ( sebab Ada laluan untuk berjalan antara chalet). Pastu dia pergi kat pokok ru pulak. Dok gentel pokok ru. Apa jadah dok gentel daun pokok ru pon aku tak paham. Pastu kitorang tengok macam kesian je kan,tirah  pon buat lah sembang dengan brader terbabit. Tegur2 gitu jela. Pastu jadi panjang pulak sembangnya. Sampai lah kami dapat merasai suatu pengalaman yang memang tak akan dilupakan iaitu scuba divin'

2030
Macam biasa time untuk dinner. Biasa untuk second night untuk pakej yang kami ambil ni, akan dihidangkan barbeque dan nasi goreng, pastu ada cucur udang + air asam. Ada ikan bakar,ayam bakar,sotong bakar jugak. Nasi goreng adalah nasi goreng nenas. Itupun sebab aku ada tergigit nanas. Kalau tak sampai sudah pon aku tatw apakah jenis nasi goreng tersebut. LOL...

29 September 2013

Lepas sarapan, kitorang terus bersiap-siap untuk scuba diving. Kat sana untuk scuba diving@discovery diving akan diajar oleh instructor yang terlatih. Instructor kami pada masa itu adalah Hafiz (our dive master~apa yang aku tengok kat iklan tu la)
itu adalah peta pulau perhentian kecik dengan yang besar

Dan seandainya anda tidak tahu berenang, jangan risau sebab discovery diving ni instructor akan sedia membantu. Tapi kalau boleh berenang tu mrmang satu advantage. Kiranya memudahkan kerja instructor jugak lah kot. Instructor akan memulakan sesi discovery diving ni dengan memperkenalkan peralatan (teori).





  1. BCD~Bouyancy Controlled Diving


  • Lebih kurang macam life jacket. Tapi cuma yang bezanya adalah kita boleh adjust udara yang masuk dalam BCD itu samada untuk floating atau diving. Tapi jangan syok sangat dok main-main inflate deflate menda tu sebab rugi'air'. Kang tak pasal pasal 'kong' bawah laut, jadilah tukun kat situ selama-lamanya, nak?label (c) adalah untuk inflate dan deflate.
  • kat BCD tu jugak ada regulator,yang membantu kita untuk bernafas bila berada dalam air. Tapi bila floating kat superficial, tak payahlah pakai. Membazir okeh..
  • Kalau yang hitam (a) tu adalah primary regulator, yang kaler kuning (b) tu pulak adalah secondary regulator. Digunakan incase partner diving kita dalam kecemasan kehabisan udara, bolehlah kita bantu dia dengan memberi secondary regulator kepadanya untuk bertahan sementara timbul ke permukaan.
  • Meter~yang atas tu adalah bacaan meter kedalaman kita diving manakala yang bawah tu plak berapa banyak pressure oxygen dalam tank yang tinggal. Dan kami berjaya menyelama pada kedalaman 11 meter!hehe..impressed!

(2)Weight
  • weight ini dibuat daripada timah kalau tak silap menurut apa abang instructor yang botak ni cakap. Berat satu ketul menyamai 1 kilogram. Dan haruslah dipakai ketika menyelam. Kalau tidak sampai subuh esok pon korang akan terapung jer takkan tenggelam. Macam aku ngan Ezzah, memandangkan kitorang ni bersize kecik dan ringan pastu sikit-skit timbul sikit-sikit timbul sampai Instructor tu pon dah letih dah nak selamkan kitorang, maka weight ditambah menjadi 4. Dan weight2 itu akan diikat pada tali pinggang bila nak menyelam nanti.


(3)Tank
  • oxygen tank yang dalamnya terkandung 21% oxygen dan selebihgnya adalah gas nitrogen. Dan berat tong ini adalah hampir mnyamai tong gas dapur memasak anda 14kg. Berat kan?

(5)Wet Suit
  • penting untuk mengelakkan dari kesejukan ketika menyelam. Korang memang akan menggigil bila naik dari diving walaupun ketika itu cuaca terik. Selain itu suit ini juga membantu dalam floating


(6)Goggle
  • kalau yang rabun,better cari goggle yang ada power. untuk menyeronokkan lagi diving anda. Tapi takpe, sebab goggle yang ber'power' ini pon ada disediakan di sana.
(7)Fin 
  • Untuk melajukan lagi pergerakan ketika didalam air tanpa perlu menggunakan pergerakan tangan. Hanya dengan mengayuh kaki itik sahaja..macam itik....





Instructor juga akan mengajar megajar beberapa basic lessons untuk diving secara teori dan praktikal. Jangan risau, sebab instructor kami ni penyabar orangnya.sesuai untuk kami...hohoho...
mula-mula kita akan diexpose pada air yang cetek, lebih kurang pada paras dada untuk diajar semua basic skills sebelum betul2 menyelam ke dasar laut. Termasuklah dengan bahasa-bahasa isyarat yang digunakan. Opkos,takkan la u'olls nak bercakap bukak mulut bila bawah laut kan? Jangan jadi macam I yang tersedak air laut masa diving, terus keluar sume gag reflex...miahahaha...

okeh,adios!!aku malas nak tulis banyak-banyak..Bubyee....




0 comments: