baik,macam dah lama pulak tak mengarang dalam blog ni. Apa saya buat? Cuma meneruskan kehidupan seperti biasa. Dan biasa la, tiap apa yang terjadi tu ada hikmah nya. Yang penting S-A-B-A-R.. SABAR!!..InsyaAllah dipermudahkan..hehe..dan baru-baru ni secara rasminya umur saya sudah menjangkau 25 tahun..saya dah 25? tak percaya..sebab saya rasa saya adalah 17 selamanya.. ~jangan nak perasan okeh~ komitmen? saya kalau boleh nak menumpukan seluruh komitmen hanya pada keluarga dan ibu saya yang terchenta..Tanpa ibu saya, tanpa arwah ayah saya, dan tanpa keluarga saya..saya takkan berada kat sini. kat dunia ni. Dan saya takkan pernah lupakan satu tragedi yang ibu saya adalah penyelamatnya.. kejadian semasa saya berumur 4 tahun lebih kurang kalau tak silap.. ibu saya tak pernah bekerja sebab hanya ayah seorang lah yang menyara kami sekeluarga. Namun dengan pendapatan arwah ayah yang tak seberapa pada masa itu sebagai pembantu kerani ibu saya pon mengambil keputusan jual makanan ringan macam keropok, jajan, air kat depan rumah. Dan bila time habes skolah, ramai budak-budak sekolah yang singgah kat gerai kami. Apa yang saya selalu perhatikan adalah abang2 dan kakak2 yang baru balik sekolah ni suka betul kepit duit syiling kat mulut. Kalau anda adalah sezaman dengan saya kira2 lebih 20 tahun yang lepas, mesti pernah nampak pernah tengok takpon pernah buat kan? Dan itulah yang saya lakukan..
hah..cam ni
ATAU PUN
macam ni ..macam kucing ni
Memang tahap curiosity saya berada di takuk yang melampau pada masa tu. Semua nak cuba. Pada satu hari saya berada di sisi ibu yang sibuk menggoreng keropok pada masa itu. Saya minta duit syiling 20 sen dari ibu. Ibu tanpa banyak soal terus bagi saya duit 20 sen tersebut. Dan saya pon mulalah buat stunt merapek. Saya pergi kepit duit syiling 20sen tu kat mulut. Dan tak semena-mena duit tersebut tergelinicir ke dalam mulut saya dan tersangkut di kerongkong. Saya rasa masa tu mungkin duit tersebut telah menutup sepenuhnya ruang esofagus dan trakea saya menyebabkan saya langsung tak boleh bernafas. Saya menarik-narik baju ibu yang sedang sibuk menggoreng keropok di sebelah. Mulanya ibu saya hairan kenapa saya sibuk menarik baju ibu, dan kemudian dia mula teringat yang dia ada memberi duit syiling 20 sen kepada saya sebelumnya. Dan bila ibu saya berpaling, dia melihat wajah saya sudah kebiruan sambil mulut yang ternganga. Lalu ibu dengan pantas mengorek duit syiling dalam kerongkong saya sedalam yang boleh. Syukur alhamdulillah umur saya masih panjang sampai sekarang... Lepas tu apa lagi, kena berdebik-debik ler. Hamek kau...hahaha..pastu tobat tamau buat dah. Kalau nak suruh saya buat sekarang pon mungkin saya masih fobia kot..hahahah..Sekian.. Moral of the story, 'Hargailah ibumu sehingga penghujung nyawamu..' sebab bila kita dah mati, kita sudah tiada peluang untuk menghargai..bukan begitu? xoxo~~~
tara~~~my mom is my hero
0 comments:
Post a Comment