Assalamulaikum wth..
saya nak kongsi sesuatu dengan anda..
saya tertarik apabila mendengar rancangan Halaqah yang keudara di TV9
beberapa minggu yang lepas
waktunya tak ingat lah pulak
tapi kalau sesiapa yang menonton
tentu anda akan bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam, bukan?
saya yakin
Tajuk yang dibincangkan adalah mengenai Semesta
apa hubungkaitnya Alquran dan sains
apa yang terkandung didalam Alquran yang beabad-abad lamanya
tetapi hanya mampu dibuktikan oleh para saintis di Barat kini
Dan ternyatalah
banyak rahsia terkandung didalam Alquran tetapi belum kita selidiki
antara salah satunya adalah mengenai 'Kegelapan dan Gelombang Dasar Laut'
apa agaknya yang terkandung didalam dasar laut
dan tentulah apa yang terlintas di fikiran anda adalah pelbagai hidupan laut dan dasar laut yang gelap lagi gelita
penyampaiannya berada di tahap yang agak tinggi
Sains yang agak tinggi,ikhlasnya saya pun susah nak memahamkan
tapi takpelah,secara ringkasnya..
manusia memang tak mampu menyelam pada kedalaman 40m tanpa bantuan alat pernafasan
dan tidak mampu bertahan di dasar lautan yang gelap pada kedalaman 200m..
pada kedalaman tersebut,memang tidak dijumpai cahaya
manakala pada 1000m, memang langsung tidak ada cahaya sama sekali!
(Elder, Danny; and John Pernetta, 1991, Ocean London, Mitchell Beazley Publishers, s.27)
(Gelombang Kedua)
kemudian,baru-baru ini
ada pula ditemukan penemuan adanya gelombang didasar laut yang terjadi pada pertemuan antara lapisan2 air laut yang mempunyai ketumpatan yang berbeza
Ia dipanggil gelombang internal; sama seperti gelombang permukaan!
juga berombak sama seperti gelombang permukaan
gelombang ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar,
tetapi dapat diketahui dengan mempelajari suhu dan perubahan kadar garam di tempat2 tertentu.
(Gross, M. Grant; 1339, Oceanography, a View Of Earth, 6. edition, Englewood Cliffs, Pretience-Hall Inc., s. 205)
lihatlah,betapa agungnya ciptaan Allah SWT
ketinggian ombak ini mampu mencapai sehingga 80 kaki dan 10km panjang!
sekiranya anda pernah terdengar mengenai fenomena 'deadwater'
ia juga terjadi disebabkan gelombang internal
dimana sebuah kapal hampir tidak dapat bergerak walaupun diletakkan pada kuasa enjin yang paling tinggi, dan seandainya bergerak tetap pada kelajuan yang amat2 perlahan
ia biasa terjadi apabila kapal terbabit belayar berdekatan dengan pelantar ais!
seandainya berat kapal terbabit adalah 1000 tan..
dalam fenomena ini,ia seolah-olah terpaksa menarik lebih 20 tan bersama..
disebabkan ketumpatan air laut adalah 3.5%, lebih 2% berbanding ketumpatan air tawar!
(Bukti)
dan ini sudah tertulis didalam Alquran Surah AnNur:40
yang bermaksud;
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, (dan) barangsiapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun"
(google)
ini adalah contoh gelombang internal di Lautan Sulu melalui imej radar
credit to: firmanazka.blogspot
nanti saya kan kongsikan pula mengenai asal besi!!
0 comments:
Post a Comment