semalam, sehari suntuk saya menghabiskan masa membaca novel 'Rindu Cintaku', sequel kepada 'Ombak Rindu' dan 'Cinta Tiada Akhirnya'. pulang sahaja dari hospital pukul 3 lebih, siap sembahyang kemas kain baju apa sume, saya tidur la dulu. bangun2 tu, terus saya capai novel tu dan baca selebihnya, bahagian yang saya belum sempat habiskan malam sebelum tu.
serius! saya sangat terharu membaca kisah cinta pasangan yang lebih sepuluh tahun mendirikan rumah tangga ini. selepas satu satu dugaan datang tapi sayang si suami kepada isteri tak pernah berubah sedikit pun walau suku cm!demi maruah isteri tercinta, biarlah nyawa menjadi taruhan. setelah kehilangan kerja, harta, maruah namun si suami tidak sanggup untuk kehilangan seorang isteri yang dicintai sepenuh hati. dia juga dipaksa bertanggungjawab atas sesuatu yang tidak pernah beliau lakukan melainkan sebab diperangkap oleh individu tertentu untuk kepentingan sendiri.namun apabila diberi kata dua; melepaskan isteri tercinta atau melihat kisah silam isteri menjadi tatapan umum, hati suami mula runtun. apalah lagi dayanya.
haish...nak tau lebih2 kena la baca sendiri.cerita sinopsis je tak syok!kadang-kadang saya terfikir jugak,alangkah bahagianya kalau menemui lelaki yang menyintai kita sepenuh hati sampai ke mati..tp kalau mati tu jangan la sampai meroyan pulak,susah!
0 comments:
Post a Comment